Wednesday, July 20, 2011

KEIKHLASAN ketika BELAJAR

             Keikhlasan membawa pengertian kejujuran iaitu sesuatu tindakan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu tujuan tanpa mempunyai niat yang lain. Kejujuran menghasilkan tindakan tindakan yang asli tanpa kepura-puraan atau paksaan.
            Dalam proses pembelajaran seseorang murid yang ikhlas tidak memerlukan apa-apa tekanan daripada pihak luar untuk balajar. Ia datang dari dalam diri sendiri atau kesedaran terhadap kelemahan diri yang memerlukan penambahbaikan.
           Keikhlasan pada jiwa akan memberi kesan dalam kehidupan. Sebagai contoh, setiap murid haruslah bijak mengemukakan sesuatu persoalan atau buah fikiran yang mampu mempamerkan sifat keterampilan diri ketika berinteraksi dalam kelas.
           Keengganan untuk turut serta dalam perbincangan atau bertanya ketika tidak memahami sesuatu topik pembelajaran dengan alasan malu atau tidak menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru dengan alasan tidak cukup masa akan hanya mengundang kerugian pada diri sendiri.
           Persepsi hanyalah satu jangkaan atau ramalan yang dibuat untuk melambangkan pendirian kita terhadap sesuatu pengalaman yang berlaku. Sebagai contoh, terdapat segelintir murid yang memberi alasan bahawa mereka tidak boleh mencapai kejayaan kerana subjek tersebut dianggap susah serta tidak berkemampuan mempelajarinya.
          Jangkaan ini kadangkala tidak betul kerana alasan yang diberikan hanyalah berdasarkan kepada satu atau dua pengalaman kegagalan yang pernah dilalui. Pengalaman seumpama ini tidak boleh dianggap akan terus berkekalan.
        Berdasarkan contoh-contoh di atas jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu amat diperlukan ketika belajar. Jika seseorang murid tidak memehami sesuatu topik pembelajaran ia harus bertindak segera untuk menyelesaikannya tanpa memberi sebarang alasan yang boleh menghalang ke arah penyelesaian.
        Kita harus berani menghadapi kenyataan dan kebenaran kerana kebenaran itu mampu memberi pengajaran dan bimbingan. Manakala seseorang yang takut akan kebenaran akan mencari helah untuk melakukan penipuan. Keikhlasan mampu meningkatkan kemajuan diri, sedangkan penipuan menghancurkan kehidupan.
~Santapan Minda, Dr. Ismail Zain~
                                             

Tuesday, June 28, 2011

BAB 5: Industri Kecil & Sederhana

Motif Pembelajaran: Menerangkan maksud Industri Kecil & Sederhana (IKS)


Industri Kecil & Sederhana ditakrifkan sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. 
Syarikat hendaklah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.


(Perbadanan Pembangunan Industri Kecil  dan Sederhana, 1998)

WEBSITE SMIDEC:
WEBSITE IKS MALAYSIA: http://iks.com.my/

Motif Pembelajaran: Mengenal pasti ciri-ciri IKS

1. Organisasi
  • Bentuk organisasinya mudah dan kebiasaannya diasaskan oleh keluarga
  • Sumber tenaga terdiri daripada ahli keluarga pengusaha, sahabat atau jiran
  • Pengkhususan atau pembahagian kerja tidak dapat diamalkan sepenuhnya
  • Perniagaan berbentuk persendirian dan jarang berubah kepada perkongsian atau syarikat
2. Jenis Keluaran
  •  Keluaran IKS tidak memerlukan tahap teknologi yang tinggi, mesin yang canggih dan pekerja yang berpelajaran tinggi.
  • Keluaran terdiri daripada barang pengguna (produk makanan, kraf tangan dan perabot) dan produk separuh siap untuk industri berat.
  • Contoh:


3. Modal
  • Modal terhad berbanding industri besar
  • IKS juga berintensifkan buruh
  • Kekurangan modal kerana modal disumbangkan oleh ahli keluarga, sahabat dan kawan-kawan; dan kesukaran untuk mendapatkan bantuan kredit dari bank
  • Agensi yang memberi bantuan modal ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)


4. Teknologi Pengeluaran
  • Tahap teknologi pengeluaran adalah rendah berbentuk insentif buruh dan kurang menggunakan mesin serta kurang mengamalkan automasi
  • Sumbangan bahagian buruh adalah lebih banyak berbanding sumbangan mesin
  • Pemilikan sukar untuk mengubah proses dan reka bentuk keluaran kerana terikat dengan cara lama, kekurangan modal dan ia adalah warisan keluarga
5. Lokasi
  • IKS terletak di merata tempat di seluruh negara, iaitu di kawasan bandar, luar bandar dan juga kawasan kediaman
  • Ini disebabkan oleh penubuhan yang mudah dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur
6. Ciri Umum Pekerja
  • Pekerja IKS mempunyai pendidikan formal yang rendah, berkelayakan rendah dan kurang bertauliah kerana mereka dari kalangan pemegang SPM, PMR atau STPM
  • Pekerja sepenuh masa (51-150 orang) dan sambilan (pekerja tidak mahir dan belum menjalani latihan secara formal)
  • Pekerja sambilan dibayar mengikut jam bekerja atau gaji harian
AKROSTIK CIRI-CIRI IKS: ORang JEpun MOgok TEknologi LOri CItra


Saturday, June 25, 2011

STRaTeGi BeLaJaR BeRKeSaN


Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen tindakan yang dapat dilihat seperti rajah berikut: (ada rajah motivasi)
1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
2. Merujuk: Merujuk bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui enjin pencari maklumat (contoh: www.yahoo.com)
3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.

Wednesday, June 22, 2011

Memikirkan Yang Terbaik Untuk KamOoo

....Cikgu tengok ada diantara kalian yang masih tidak biasa dengan soalan kajian kes...
cikgu wisau sangat...
so, untuk itu...cikgu akan sediakan soalan2 kajian kes untuk latihan kalian semua...
untuk jawapannya, kita akan berbincang kemudian..
all the best...

Bila kalian cdey...cikgu lagi cdey....
cikgu try do the best for u all...
tapi cikgu tak leh nak paksa kamO semua...
yang pasti cikgu akan mendoakan kejayaan kalian...
cikgu minta maaf jika cikgu ada wat silap...
kerna cikgu bukan insan yang terbaik kerna ada yang jauh lebih baik dari cikgu..

Saturday, June 18, 2011

Cdey dengan KamOo ;)

Cdey??? :( 
Apa yang cikgu cdey kali nie??
Emmm....mst semua tertanya2 kan...
Meh cikgu citer...
Cikgu cdey tgk result kOrang semua....
Np la gtu...
Buat yang lulus, cikgu ucapkan TAHNIAH...
kepada yang tidak bernasib baik...jangan putus asa...tingkatkan usaha & berjuang..
study SMART, not study HARD...


Monday, May 16, 2011

Sistem Barter


Definisi Sistem Barter

Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan mata wang.

Syarat-syarat Sistem Barter
          • Wujudnya kemahuan serentak (dua2 pihak bersetuju untuk menukar barang masing2 pada  masa yang sama)
          • Mempunyai barang berlebihan untuk ditukarkan

Kelemahan Sistem Barter
  • Memerlukan pertemuan kemahuan serentak - dua2 pihak bersetuju untuk menukar barang masing2.
  • Kesukaran menentukan nilai pertukaran - jika hendak menukar seekor kambing bersamaan dengan berapa ekor ikan?? sukar hendak menentukan nilai
  • Kesukaran membahagikan barang kepada bahagian yang kecil - contohnya hendak sebahagian lembu, bagaimana nak sembelih lembu? selebihnya busuk, akan dibuang.
  • Barang tidak tahan lama - contoh sayur & buah-buahan yang cepat busuk dan layu
  • Masalah membawa barang - sukar dibawa ke sana ke mari dan berat

Sunday, May 15, 2011

Khas Untukmu Sayang (Pelajar Didikan Cikgu Dy)

Mendua - Hampir Ke situ


Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/mendua/hampir_ke_situ.html ]
(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh




Saturday, May 14, 2011

Perd: Mesin Peruncitan Automatik

Pelbagai bentuk peruncitan yg telah wujud bagi memudahkan peniaga menembusi pasaran di dalam & luar negara. Salah satunya ialah mesin peruncitan automatik. 
Contoh mesin peruncitan automatik.


Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, para pelajar boleh klik link di bawah:
http://faizadisyah.multiply.com/journal/item/16/Perd_Mesin_Peruncitan_Automatik

Math: The Straight Line (Garis Lurus)

Untuk penerangan yang lebih jelas, para pelajar boleh klik pada link untuk mendapatkan nota dan soalan latihan berserta jawapan.
http://faizadisyah.multiply.com/journal/item/15/Math_The_Straight_Line_Garis_Lurus