Industri Kecil & Sederhana ditakrifkan sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Syarikat hendaklah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
(Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, 1998)
WEBSITE SMIDEC:
WEBSITE IKS MALAYSIA: http://iks.com.my/
Motif Pembelajaran: Mengenal pasti ciri-ciri IKS
1. Organisasi
- Bentuk organisasinya mudah dan kebiasaannya diasaskan oleh keluarga
- Sumber tenaga terdiri daripada ahli keluarga pengusaha, sahabat atau jiran
- Pengkhususan atau pembahagian kerja tidak dapat diamalkan sepenuhnya
- Perniagaan berbentuk persendirian dan jarang berubah kepada perkongsian atau syarikat
2. Jenis Keluaran
- Keluaran IKS tidak memerlukan tahap teknologi yang tinggi, mesin yang canggih dan pekerja yang berpelajaran tinggi.
- Keluaran terdiri daripada barang pengguna (produk makanan, kraf tangan dan perabot) dan produk separuh siap untuk industri berat.
- Contoh:
3. Modal
- Modal terhad berbanding industri besar
- IKS juga berintensifkan buruh
- Kekurangan modal kerana modal disumbangkan oleh ahli keluarga, sahabat dan kawan-kawan; dan kesukaran untuk mendapatkan bantuan kredit dari bank
- Agensi yang memberi bantuan modal ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad (MIDF)
WEBSITE MARA: http://www.mara.gov.my/web/guest/pemb_perniagaan
WESITE MIDF: http://www.midf.com.my/main
4. Teknologi Pengeluaran
- Tahap teknologi pengeluaran adalah rendah berbentuk insentif buruh dan kurang menggunakan mesin serta kurang mengamalkan automasi
- Sumbangan bahagian buruh adalah lebih banyak berbanding sumbangan mesin
- Pemilikan sukar untuk mengubah proses dan reka bentuk keluaran kerana terikat dengan cara lama, kekurangan modal dan ia adalah warisan keluarga
5. Lokasi
- IKS terletak di merata tempat di seluruh negara, iaitu di kawasan bandar, luar bandar dan juga kawasan kediaman
- Ini disebabkan oleh penubuhan yang mudah dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur
6. Ciri Umum Pekerja
- Pekerja IKS mempunyai pendidikan formal yang rendah, berkelayakan rendah dan kurang bertauliah kerana mereka dari kalangan pemegang SPM, PMR atau STPM
- Pekerja sepenuh masa (51-150 orang) dan sambilan (pekerja tidak mahir dan belum menjalani latihan secara formal)
- Pekerja sambilan dibayar mengikut jam bekerja atau gaji harian