Tuesday, January 24, 2017

Buku Rekod Mengajar Cikgu Dy 2017

Buku rekod ni nyawa kepada semua guru-guru di Malaysia. Macam dy, dy lebih suka yang simple dan kemas. Janji pada yang dicari berada di dalam buku biru ini.


BRM tahun ni still warna biru yang mendamaikan mata yang memandang. Dy just balut dengan plastik transparent sahaja dan letakkan penanda buku dengan hasil kraf tangan sendiri #fannel. 


Sehari sebelum sekolah, dy akan pastikan semua ruangan yang perlu diisi dilengkapkan sepenuhnya. Contoh takwim exam, cuti, butiran peribadi, jadual waktu mengajar, senarai buku teks dan buku rujukan dan lain-lain. 


Ni sampul poket tuk dy selitkan semua dokumen yang diperlu dirujuk / panduan untuk mengajar iaitu RPT.


RPH dy kali ni dy lebih suka taip, potong dan tampal...sebab kelas terlalu banyak dan kadang-kadang tak muat tuk tulis pada satu muka surat. (1 hari 1 muka surat)


Akhir sekali senarai nama diruangan belakang. Dy lebih suka guna konsep EWS. Ni dapat memberi fokus kepada dy dan rujukan terhadap peningkatan dan kejatuhan markah setiap pelajar. EWS ini akan diupdate dari semasa ke semasa bergantung kepada peperiksaan. Kebiasaannya after exam, dy akan buat baru dan tampal, tindih di atas yang lama.

SIMPLE kan?

Cikgu Dy
Saya Cuma Guru Biasa







Sunday, January 1, 2017

Selamat Kembali Bertugas Cikgu



Cuti sekolah hampir melabuhkan #tirainyer...cikgu2 dah siap ke #BRM buku rekod mengajar? Dengan silibus yang baru kepada guru2 sekolah menengah#KSSM.. All the best. Guru boleh merubah masa depan anak bangsa. InsyaAllah. Jangan cepat putus asa. Usaha, doa dan tawakkal. 

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017


Selamat tahun baru semua cikgu-cikgu dan anak murid cikgu dy sekalian. Cikgu harap anak-anak murid cikgu dah ada KPI masing-masing. 
KPI tu apa cikgu?
KPI tu target. Apa yang anak-anak cikgu target / azam untuk tahun 2017.
Tulisla dengan jelas MISI dan VISI nya supaya anak-anak cikgu tak tergelincir dan landasan.
Cikgu doakan anak-anak cikgu akan mencapai impian yang diimpikan. InsyaALLAH.
 I LOVE U