Tuesday, October 28, 2014

SKEMA JAWAPAN: Kajian Kes (Pelaburan)

(a) i. RM20,000 X 8% X 1/2 = RM800

(a)ii. RM80,000 X 7% = RM5,600

(a)iii. 50 unit X RM1,000 X 8% X 5tahun = RM20,000

(b) Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat pelaburan:
      - Mendapatkan maklumat
      - Risiko yang dihadapi
      - Sifat kecairan
      - Pulangan atas modal
      - Modal yang ada
**berdasarkan markah, berikan 3 FAKTA, 3 HURAIAN & 3 CONTOH.

(c) Perbezaan syer biasa dengan debentur

Syer biasa

  • syer adalah modal kepada syarikat
  • pemilik syarikat
  • tidak boleh ditebus balik
  • tidak boleh mendakwa untuk membubarkan syarikat jika dividen tak dibayar

Debentur

  • ialah pinjaman kepada syarikat
  • pemiutang kepada syarikat
  • boleh ditebus balik
  • boleh mendakwa untuk membubarkan syarikat jika faedah tidak dibayar
ULANGKAJI: KAJIAN KES (Pelaburan)


Encik Darveen baru sahaja bersara daripada Syarikat Seri Vijaya Bhd. setelah genap umur 55 tahun. Beliau telah bekerja sebagai seorang pengurus kewangan syarikat tersebut selama 20 tahun. Sebelum menjadi pengurus kewangan, beliau adalah eksekutif kewangan selama 10 tahun. Seminggu yang lepas beliau telah menerima wang persaraannya sebanyak RM150,000. Di samping wang pesaraan, beliau juga mempunyai wang simpanan sebanyak RM85,000. Perbelanjaan pendidikan anak-anak dan belanja rumahtangga dianggarkan sebanyak RM24,000 setahun. Wang perbelanjaan tersebut dimasukkan ke dalam akaun simpanan biasa.
Sebagai seorang bekas pengurus kewangan, beliau mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang pelaburan. Justeru itu, baki wang sebanyak RM211,000 digunakan untuk melabur dalam pelbagai bidang pelaburan. Beliau telah membuka akaun simpanan tetap dengan Kewangan Bumiputra Malaysia Bhd. untuk RM20,000 bagi tempoh satu bulan dengan kadar faedah 8% setahun. Akaun ini akan diperbaharui setiap bulan. Sebanyak RM80,000 dimasukkan ke dalam Akaun Simpanan Tetap di Bank Simpanan Nasional dengan kadar faedah 7% setahun.
Di samping itu, beliau juga telah membeli sebanyak 50 unit debentur dengan nilai muka RM1,000 setiap unit. Debentur ini telah dikeluarkan oleh Syarikat Majapahit Bhd. dan membayar kadar faedah 8% setiap tahun. Debentur ini telah dibeli pada Januari 1999 dan matang pada Disember 2003. Baki sebanyak RM61,000 telah digunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Beliau membeli saham-saham yang berpotensi untuk membayar dividen yang tinggi pada masa-masa akan datang.  





























Berdasarkan kes di atas jawab soalan berikut:

 (a)    Kirakan:
i.         Jumlah faedah yang akan diterima daripada Kewangan Bumiputra Malaysia Bhd. dalam 
      sebulan.  [2 markah]

ii. Jumlah faedah yang akan diterima daripada Bank Simpanan Nasional dalam setahun.[2markah]

iii.  Jumlah pendapatan dalam pelaburannya dengan Syarikat Majapahit Bhd. sepanjang tempoh pelaburan.[4 markah]

           (b)   Nyatakan dan terangkan secara ringkas tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Encik                    Darveen apabila melabur dalam akaun simpanan tetap dan syer. [9 markah]

            (c)    Nyatakan empat perbezaan di antara syer biasa dan debentur.  [8 markah]