Encik Darveen baru sahaja bersara daripada Syarikat Seri
Vijaya Bhd. setelah genap umur 55 tahun. Beliau telah bekerja sebagai seorang
pengurus kewangan syarikat tersebut selama 20 tahun. Sebelum menjadi pengurus
kewangan, beliau adalah eksekutif kewangan selama 10 tahun. Seminggu yang
lepas beliau telah menerima wang persaraannya sebanyak RM150,000. Di samping
wang pesaraan, beliau juga mempunyai wang simpanan sebanyak RM85,000.
Perbelanjaan pendidikan anak-anak dan belanja rumahtangga dianggarkan
sebanyak RM24,000 setahun. Wang perbelanjaan tersebut dimasukkan ke dalam
akaun simpanan biasa.
Sebagai seorang bekas pengurus kewangan, beliau mempunyai
pengetahuan yang agak mendalam tentang pelaburan. Justeru itu, baki wang
sebanyak RM211,000 digunakan untuk melabur dalam pelbagai bidang pelaburan.
Beliau telah membuka akaun simpanan tetap dengan Kewangan Bumiputra Malaysia
Bhd. untuk RM20,000 bagi tempoh satu bulan dengan kadar faedah 8% setahun.
Akaun ini akan diperbaharui setiap bulan. Sebanyak RM80,000 dimasukkan ke
dalam Akaun Simpanan Tetap di Bank Simpanan Nasional dengan kadar faedah 7% setahun.
Di samping itu, beliau juga telah membeli sebanyak 50 unit
debentur dengan nilai muka RM1,000 setiap unit. Debentur ini telah
dikeluarkan oleh Syarikat Majapahit Bhd. dan membayar kadar faedah 8% setiap
tahun. Debentur ini telah dibeli pada Januari 1999 dan matang pada Disember
2003. Baki sebanyak RM61,000 telah digunakan untuk membeli saham-saham
syarikat yang telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Beliau membeli
saham-saham yang berpotensi untuk membayar dividen yang tinggi pada masa-masa
akan datang.
|
Berdasarkan kes di atas jawab soalan berikut:
(a)
Kirakan:
i. Jumlah faedah yang akan diterima daripada Kewangan Bumiputra Malaysia Bhd.
dalam
sebulan. [2 markah]
ii. Jumlah faedah yang akan diterima daripada Bank Simpanan Nasional dalam setahun.[2markah]
iii. Jumlah pendapatan dalam pelaburannya dengan Syarikat Majapahit Bhd.
sepanjang tempoh pelaburan.[4
markah]
(b)
Nyatakan dan terangkan secara ringkas tiga faktor yang perlu
dipertimbangkan oleh Encik Darveen apabila melabur dalam akaun simpanan tetap
dan syer. [9 markah]
(c) Nyatakan empat perbezaan di antara syer biasa dan debentur. [8 markah]
No comments:
Post a Comment