Thursday, May 29, 2014

Makanan Untuk Anak yang BIJAK


1. Telur - terdapat bahagian utama di dalam otak yang terdiri daripada lemak pepejal. Ia harus dibekalkan dengan asid lemak penting (EPA) melalui dier harian kerana tubuh tidak menghasilkannya. Telur merupakan sumber EPA yang paling baik.

2. Ikan berminyak - bukan ikan yang digoreng dengan minyak tetapi ikan yang mempunyai asid lemak  ataupun Omega 3 seperti salmon, tuna, sardin dan makeral. Komponen ini penting bagi meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.

3. Soya - mempunyai protein yang sangat tinggi yang dapat meningkatkan daya ingatan memori dan pertumbuhan tisu-tisu badan anak.

4. Teh hijau dan teh hitam - keduanya dapat memberi kesan positif terhadap penyakit alzheimer iaitu penyakit kehilangan fungsi mental dan daya ingatan. Teh ini dapat menentang penyakit tersebut.

5. Madu - raja segala ubat. Mampu memberi ketenangan kepada minda dan menghindarkan otak daripada penat berfikir. Namun dilarang mengambil madu bersama kopi dan tembikat kerana ianya boleh menyebabkan keracunan.

6. Kismis - mengandungi zat besi yang membina darah dan memastikan oksigen disalurkan ke otak dengan lebih baik. 

7. Halia - mengandungi shogol dan gingerol yang sangat mujarab untuk mengatasi masalah lupa. Halia juga dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan meransang perembesan jus penghadaman.

8. Susu segar - mengandungi unsur keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan badan. Susu membantu dalam perkembangan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

9. Daging kambing - mengandungi zat besi dan potassium yang rendah kandungan mineralnya. Ia baik untuk meningkatkan saya hafazan.

10. Kekacang - mempunyai air, protein, karbohidrat dan tenaga dan sangat baik untuk kecerdasan otak..


Monday, May 26, 2014

berTUNGKU

Kisah aku & tungku...

Dok sendiri..nak panaskan tungku pun tak mampu...pantang sendiri...dy pun xmampu la nak guna tungku tradisional yang berat tu..dy gunakan bantal panas je..


Jom kita kongsi..apa faedah bertungku...

Selain berurut dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisis berbaring, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa lapis kain (yang disusun di dalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit. (sekarang terdapat beberapa jenis tungku moden...dan kaedahnya juga berlainan dengan tungku tradisional). Setelah dibalut rapi pangkal batu / besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka).


Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

Bahagian Peranakan

Bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.
Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan terasa tidak selesa, seolah-olah adanya benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit. Bertungku juga memerlukan kemahiran. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan.

Bahagian Badan

Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu baru beralih ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja. 

Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.
Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
 
 
Bahagian Bawah

Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
 
Adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku, terutamanya pada hari pertama, kedua dan ketiga. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini. 

Wiladah VS Nifas

KELIRU??? menuntut ilmu tak habis... bila didalam dilema..baru la nak mencari-cari... hihiii... dy pun dok google semuanya... Alhamdulillah...dapat cakap ngn ustazah kat ckolah..so, mmg betoi la...hihii...meh kita kongsi ilmu ckali eee... Ustazah kata, selalunya ramai orang terlupa nak mandi wiladah... 

perempuan besalin caesar pon kena mandi wiladah ke? bukan bersalin normal je ke?

jawapannya,

Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak sama ada keluar darah atau tidak, tidak kira cara normal atau pembedahan.

Terdapat perbezaan antara wiladah & nifas. Wiladah merupakan darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan, tak kira secara normal atau pembedahan. Manakala Nifas merupakan darah yang yang keluar selepas melahirkan, walaupun setitik. darah nifas akan keluar paling maksima 60hari dan kalau ada lagi darah selepas tempoh 60hari, wajib ke atas ibu tersebut untuk melakukan solat kerana darah tersebut dikira darah istihadhah.

pasal hukum pulak, berdosa sekiranya seseorang wanita itu tidak mandi wiladah sekiranya dia tahu akan hal tersebut tetapi tidak berdosa jika sebaliknya. so sekarang semua mom to be dah baca entry ni, pas bersalin nanti jangan lupa mandi wiladah ye.

Niat mandi wiladah : 

"Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Ta'ala"

Niat mandi nifas :

"Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Ta'ala"

entry ni dibuat berdasarkan pemahaman saya. kalau ada sebarang kesilapan, maklumkan saya ye.

Islam itu mudah & sentiasa memudahkan.

Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:

1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.tidak perlu mandi wiladah.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.
wallahua'lam.

Saturday, May 24, 2014

Surah Sepanjang PENYUSUAN & MENGANDUNG

Assalammualaikum dan selamat pagi mama diluar sana... harap hari ini lebih baik dari semalam. Semoga segala urusan kita akan dipermudahkan olehNya . AminUntuk menjayakan penyusuan, si ibu perlu kuat dari segi mental dan fikizal. Namun penyusuan bukan berkisar kepada hasil tuaian susu ibu semata2 tetapi lebih kepada bonding.


Pembentukan hati dan perasaan si anak berkait rapat dengan emosi ibu semasa menyusukan atau memerah. Maka jom amalkan beberapa surah ini agar hati anak yang terhasil adalah hati yang tawaduk pada Ilahi.


Malah amalan ini juga harus di mulakan senjak daripada bayi dalam kandungan ibu lagi.
InsyaAllah

Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari Ustazah Siti Nor Bahayah)


Friday, May 23, 2014

BAB 5: INDUSTRI KECIL & SEDERHANA part 3

Hasil Pembelajaran: Mengetahui kepentigan IKS kepada masyarakat  dan negara

Kepentingan kepada MASYARAKAT

Peluang menceburi bidang perusahaan
- Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti indidvidu
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

Kepetingan kepada NEGARA

- Mengurangkan pengangguran
- Tabungan dalam ekonomi
- Pengagihan pendapatan negara
- Latihan kepada pekerja dan pengusaha
- Mengukuhkan struktur asas industri negara
- Mengurangkan import barang pengguna


BAB 5: INDUSTRI KECIL & SEDERHANA part 2

Hasil Pembelajaran: Mengenal pasti kegiatan IKS

Terdapat 7 bidang iaitu:

1. Industri berasaskan SUMBER
 - berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi
 - Bahan mentah ini merupakan sumber utama bagi menghasilkan barang    siap.
- Contoh: berasaskan rotan


2. Industri berasaskan LOGAM
 - melibatkan kepakaran dan teknologi yang berkaitan dengan kimpalan, faundari
   dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera ataupun bahan
   logam.



3. Industri berasaskan PLASTIK
 - bahan mentah diperoleh daripada industri
   petrokimia



4. Industri komponen AUTOMOTIF
 - komponen kenderaan.
 - contohnya lampu kereta, kusyen, penapis udara, penapis minyak,
    bateri kereta
5. Industri komponen ELEKTRIK dan ELEKTRONIK
 - contoh suis, papan litar, wayar, kapasitor, cip elektronik. 


6. Industri PEMPROSESAN MAKANAN
- bidang pemprosesan makanan awet, minuman, biskut, soso cili 









7. Industri KIMIA dan FARMASEUTIKAL
 - Industri KIMIA terdiri daripada keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia dan gas
   perindustrian.
 - Industri FARMASEUTIKAL terdari daripada pengeluaran ubatan umum, ubat-ubatan yang dipatenkan
   dan penghasilan bahan aktif untuk rawat penyakit.

Ada DUA umur??


Petikan daripada: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Seorang ibu bertanyakan saya tentang perkembangan fizikal anaknya yang lahir secara pramatang. Dia kelihatan risau.
“Doktor, semasa saya membawa anak saya ke Pusat Kesihatan, seorang jururawat memberitahu perkembangan fizikal sangat lambat. Walaupun dia sudah berumur enam bulan, tetapi perkembangan fizikalnya dan berat badannya seolah-olah berumur 4 bulan”
Saya tersenyum mendengar rungutan itu. Tidak ada yang perlu dirisaukan.
Sebenarnya, bayi yang lahir secara pramatang mempunyai dua umur. ‘Umur kronologi’ adalah umur yang dikira bermula selepas dilahirkan. ‘Umur yang disesuaikan’ adalah umur bayi yang sebenarnya, dikira mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan.
Oleh itu para ibubapa harus memberitahu bahawa anak mereka lahir secara pramatang supaya doctor dan jururawat dapat mengira semula umur bayi menggunakan ‘umur yang disesuaikan’ dan bukan menggunakan ‘umur kronologi’ bagi menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.
Jadi jangan bimbang jika bayi ini kelihatan ‘ketinggalan’ dari segi berat badan dan perkembangan mental mereka berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama. Mereka mula ‘menyaingi’ rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai umur dua atau tiga tahun. Pada ketika itu, perbezaan fizikal dan mental mereka, bukanlah disebabkan factor kelahiran pramatang lagi. Ia disebabkan pelbagai factor seperti kesihatan dan genetik.
Jadi bagaimana mengira ‘umur yang disesuaikan’ ini?
Katakan umur kronologi sekarang ialah 26 minggu, dan bayi itu dilahirkan kurang 6 minggu dari tarikh sepatutnya. Tolakkan 26 minggu dengan 6 minggu bersamaan dengan 20 minggu. Jadi umur sebenar bayi itu ialah 20 minggu. Bahagikan umur ini dengan 4, untuk umur dikira dalam kiraan bulan. 20 dibahagikan 4 bersamaan 5 bulan.
Wallahu a’lam

Penjagaan Bayi Pra Matang


Bayi pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?

* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

* Jaundis (penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea

Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)

Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)

Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.

Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan

Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

* Patent Ductus Arteriosus(PDA)

Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur

darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

* Masalah Retina

Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.