1. Telur - terdapat bahagian utama di dalam otak yang terdiri daripada lemak pepejal. Ia harus dibekalkan dengan asid lemak penting (EPA) melalui dier harian kerana tubuh tidak menghasilkannya. Telur merupakan sumber EPA yang paling baik.
2. Ikan berminyak - bukan ikan yang digoreng dengan minyak tetapi ikan yang mempunyai asid lemak ataupun Omega 3 seperti salmon, tuna, sardin dan makeral. Komponen ini penting bagi meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.
3. Soya - mempunyai protein yang sangat tinggi yang dapat meningkatkan daya ingatan memori dan pertumbuhan tisu-tisu badan anak.
4. Teh hijau dan teh hitam - keduanya dapat memberi kesan positif terhadap penyakit alzheimer iaitu penyakit kehilangan fungsi mental dan daya ingatan. Teh ini dapat menentang penyakit tersebut.
5. Madu - raja segala ubat. Mampu memberi ketenangan kepada minda dan menghindarkan otak daripada penat berfikir. Namun dilarang mengambil madu bersama kopi dan tembikat kerana ianya boleh menyebabkan keracunan.
6. Kismis - mengandungi zat besi yang membina darah dan memastikan oksigen disalurkan ke otak dengan lebih baik.
7. Halia - mengandungi shogol dan gingerol yang sangat mujarab untuk mengatasi masalah lupa. Halia juga dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan meransang perembesan jus penghadaman.
8. Susu segar - mengandungi unsur keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan badan. Susu membantu dalam perkembangan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
9. Daging kambing - mengandungi zat besi dan potassium yang rendah kandungan mineralnya. Ia baik untuk meningkatkan saya hafazan.
10. Kekacang - mempunyai air, protein, karbohidrat dan tenaga dan sangat baik untuk kecerdasan otak..
No comments:
Post a Comment