Friday, May 23, 2014

Ada DUA umur??


Petikan daripada: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Seorang ibu bertanyakan saya tentang perkembangan fizikal anaknya yang lahir secara pramatang. Dia kelihatan risau.
“Doktor, semasa saya membawa anak saya ke Pusat Kesihatan, seorang jururawat memberitahu perkembangan fizikal sangat lambat. Walaupun dia sudah berumur enam bulan, tetapi perkembangan fizikalnya dan berat badannya seolah-olah berumur 4 bulan”
Saya tersenyum mendengar rungutan itu. Tidak ada yang perlu dirisaukan.
Sebenarnya, bayi yang lahir secara pramatang mempunyai dua umur. ‘Umur kronologi’ adalah umur yang dikira bermula selepas dilahirkan. ‘Umur yang disesuaikan’ adalah umur bayi yang sebenarnya, dikira mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan.
Oleh itu para ibubapa harus memberitahu bahawa anak mereka lahir secara pramatang supaya doctor dan jururawat dapat mengira semula umur bayi menggunakan ‘umur yang disesuaikan’ dan bukan menggunakan ‘umur kronologi’ bagi menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.
Jadi jangan bimbang jika bayi ini kelihatan ‘ketinggalan’ dari segi berat badan dan perkembangan mental mereka berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama. Mereka mula ‘menyaingi’ rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai umur dua atau tiga tahun. Pada ketika itu, perbezaan fizikal dan mental mereka, bukanlah disebabkan factor kelahiran pramatang lagi. Ia disebabkan pelbagai factor seperti kesihatan dan genetik.
Jadi bagaimana mengira ‘umur yang disesuaikan’ ini?
Katakan umur kronologi sekarang ialah 26 minggu, dan bayi itu dilahirkan kurang 6 minggu dari tarikh sepatutnya. Tolakkan 26 minggu dengan 6 minggu bersamaan dengan 20 minggu. Jadi umur sebenar bayi itu ialah 20 minggu. Bahagikan umur ini dengan 4, untuk umur dikira dalam kiraan bulan. 20 dibahagikan 4 bersamaan 5 bulan.
Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment