Sunday, November 30, 2014

menanti MESIN JAHIT baru

Dah lama mengidam nak ada mesin jahit sendiri kat umah. Selalunya jahit kat kampung guna mesin jahit kaki mak yang brand singer tu....nak beli mesin brand singer macam mak tak mampu la...setakat nak wat craft...tapi mana la tau kan...tetiba menggila menjahit lak...hihiii...dy ushar kat tesco lebey kurang cam gni...rm299...aduyai...bajet rm200 ke bawah...yg murah ckit ada...tp model mini...xmau la...ushar online...jumpa website...LAZADA ..jumpa mesin jahit ni..harga...rm142 je...warranty setahun...terus je order online...hihiii...alhamdulillah...this month hanya mampu memiliki ni je dulu...insyaallah next month bei printer lak...printer udah mau masuk muzium....pastu sekolah bermula....

Wednesday, November 19, 2014

AMIK KO!!!!

huhuhuhuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..................mengeluh panjang aku arini....ALLAH tunjukkan aku segala-galanya tentang dia...time susah...dicari...time senang...sihat....memijak pala...takpe...pe de hei..aku tak kisah pun...mungkin ada yang ALLAH tengah rencanakan kepada aku...sepertimana kata puan yang teramat aku syg....merangkap mama aku di sekolah..."ini menunjukkan..dy boleh...tak macam diorang...". Adakalanya permasalahan dan kegusaran hati..dy kongsi bersama mama...mama penguat aku selama hari ini....ayahanda membuatkan aku terus kuat...walaupun aku minah SKEM A....& berKIRA kerja...bukan kira...tapi masing-masing ada tanggungjawab...laksanakan tanggungjawab anda...."kamu CIKGU...aku pun CIKGU....ada ke nama lain yang anak murid gelar kat kamu selain CIKGU??? tidak!!!!" taraf kita serupa. Cuma di mata orang luar mungkin berbeza...& di mata ALLAH adalah RAHSIA....aku jadi semakin KUAT & SEMANGAT...semangat yang hadir dari guru-guru super senior yang akan pencen not more than lima tahun..berpengalaman....Ya ALLLAH...aku tau...mereka memerhati gerak tari...gerak larian ku...sesungguhnya...setiap langkah aku...KAU yang tahu arah tujuan & destinasi CINTAku....adakalanya...kita TAK SEDAR..apa yang kita lakukan kepada orang....tapi kita terSENTAK bila orang lakukan perkara tersebut kepada KITA...dan kita mula memBENCInya....
**jgn buat orang..jika kamu x mau org buat kamu macam tu...
**jgn gunakan kuasa dan pangkat kamu utk jatuhkan orang lain
**jgn gunakan kuasa dan pangkat untuk kepentingan diri kamu
**laksanakan tugas anda....ALLAH memerhati...penilaianNYA menanti...TV SKRIN di akhirat kelak...

"Ya ALLAH..Kau maafkan aku serta mereka yang mungkin aku sakiti dan aku maafkan mereka yang menyakiti aku...Kau kuatkan aku dalam mengharunginya...dan berikan SENYUMan aku kekal untuk selamanya terukir dibibir....TANGISanku tersorok di sebalik kesedihan...sesungguhnya aku menanti KEBAHAGIAAN di sana nanti....AMIN"

How to Convert a Word Table to a JPEG

TENGAH BLUR...CAM NER NAK WAT??? AKHIRNYA...SEARCH ONLINE...AKHIRNYA....

Instructions

    • 1
      Open the document containing the table in Microsoft Word.
    • 2
      Scroll down until the entire length and width of the table appear on-screen
    • 3
      Press the "Prnt Scrn" button. This action saves a snapshot of your screen's content to the Windows clipboard.
    • 4
      Open Microsoft Paint by clicking the Windows "Start" button and opening the following: "Programs" > "Accessories" > "Paint."
    • 5
      Click "Edit" in the top menu bar and select "Paste." The screen contents you captured in Step 3 are pasted into Paint.
    • 6
      Click the "Select" tool icon, located in the left-hand toolbar. The icon is represented by a rectangle with dashed borders.
    • 7
      Place the cursor at the top-left corner of the table, click and hold, and then drag your mouse until you reach the bottom-right corner of the table. Release your click to select the table.
    • 8
      Click "Image" in the top menu bar and select "Crop."
    • 9
      Click "File" in the top menu bar and select "Save." Give the file a name, select a save location, and then click the "Save as type" drop-down menu and select the "JPEG" option.
    • 10
      Click the "Save" button to save your Microsoft Word table image as a JPEG.

SILIBUS PERDAGANGAN Tingkatan 5

TAJUK-tajuk yang terdapat dalam subjek PERDAGANGAN Tingkatan 5......

  1. Perbankan dan Institusi Kewangan Lain
  2. Insurans
  3. Pengangkutan
  4. Komunikasi
  5. Pergudangan
  6. Promosi
  7. Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
  8. Konsumerisme
**Klik link untuk lebih detail......

penggubalan item SUBJEKTIF

ITEM SUBJEKTIF - bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka iaitu:

  • tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif
  • membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberi
  • pelajar dapat mempamerkan pengetahuan yang dimiliki
  • sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi
  • pelajar bebas mempersembahkan jawapan
Item subjektif biasanya berbentuk ESEI sama ada...
  • jawapan pendek
  • jawapan sederhana
  • jawapan panjang
PRINSIP-prinsip
  • semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran
  • arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan
  • soalan ditulis secara padat dan tidak bebunga-bunga
  • aras kesukaran setiap soalan perlu setara
  • soalan perlu ditulis
  • tentukan perkara yang ingin diberi markah
  • gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek
KATA TUGAS.....- adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan. KEGAGALAN menggunakan kata tugas yang tepat degan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah

KELEBIHAN soalan sibjektif
  • mudah dan cepat dibina
  • mengurangkan tekanan
  • boleh menguji tahap tinggi
KEKURANGAN soalan subjektif
  • bilangan item terhad
  • mengambil masa untuk memeriksa
  • kebolehpercayaan item rendah

PRINSIP nak wat SOALAN ANEKA PILIHAN / SOALAN OBJEKTIF

SEMBILAN (9) PRINSIP penyediaan soalan berbentuk aneka pilihan / objektif.

  1. Hendaklah jelas
  2. Soalan dan jawapan ditulis secara padat
  3. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang
  4. Jawapan harus munasabah
  5. Taburan jawapan secara rawak
  6. Jawapan pilihan sama panjang
  7. Jawapan pilihan perlu dikurangkan
  8. Aras kesukaran perlu setara
  9. Sistem susunan jawapan pilihan doleh dilakukan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Time nak wat soalan je..BLUR...soalan apa nak diajukan yer????? so....meh kita cari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah ini...RELAX ler....jgn dok TENSION...SERABUT PERUT...hihiiii :)

JSU hendaklah dibuat SEBELUM menggubal soalan tau....bukan SELEPAS membuat soalan.

Definisi JSU - Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sample item-item soalan.

Kepentingan JSU

  • dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi
  • dalam JSU, bilangan solan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
  • akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
  • membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain
  • dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
  • perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Maklumat yang ada pada JSU
  • bentuk dan penjangnya ujian
  • aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu
  • pembinaan soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran
  • kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid  yang akan diuji
  • terdapat dua jenis soalan yang bole digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif
  • penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu
  • masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan
Langkah-langkah Penyediaan JSU
  1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji DAN mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar
  2. Menentukan soalan yang ingin dibina DAN meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik
  3. Menentukan aras kesukaran DAN menentukan model aras kesukaran DAN mengamalkan Taksonomi Bloom
  4. Memastikan jenis ujian yang akan diuji DAN jenis soalan yang boleh digunakan,
  5. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen DAN penentuan aras kesukaran soalan DAN menetapkan pemarkahan
  6. Menyatakan matapelajaran DAN tingkatan atau kelas DAN susunan nombor soalan mengikut tajuk
contoh jsu....
**mohon copy & paste dr tn. pn. blog yer






Tuesday, November 18, 2014

pemikiran KRITIS or pemikiran KREATIF

Ada yang masih kabur bila nak menulis OBJEKTIF pada rancangan pengajaran harian (RPH)....jom kita search dan telaah apa yang patut...hopefully...post kali ini dapat membantu rakan-rakan guru.

pemikiran KRITIS

  • mengumpul dan mengelas - mengumpul item atau maklumat kepada ciri-ciri yang sepunya
  • menganalisis - melihat dan memahami maklumat yang dihuraikan kepada bahagian yang lebih kecil untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
  • membanding dan membeza - mencari persamaan atau perbezaan dengan menggunakan ciri-ciri pada item / objek
  • membuat kesimpulan - membuat penyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau alasan
  • menyusun mengikut keutamaan - menyusun item atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan
  • mencirikan - mengenalpasti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau item
  • menilai - memberi pertimbangan terhadap kebaikan dan keburukan
  • membuat urutan - menyusun objek atau perkara mengikut urutan tertentu berdasarkan ciri atau sifat
pemikiran KREATIF
  • menganalogi - membandingkan / mengaitkan sesuatu konsep dengan konsep lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan.
  • membuat hipotesis - membuat pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. penyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya
  • membuat inferens - membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian
  • menjana idea - menghasilakan idea baru yang banyak secara spontan dan berterusan tentang tajuk atau masalah tertentu dalam sesuatu kumpulan
  • menyelesaikan masalah - membuat pertimbangan secara logik dan rasional untuk memilih penyelesaian yang sesuai bagi menyelesaikan sesuatu masalah
  • menghubung kait - membuat perkaitan untuk memperoleh struktur atau pola perhubungan
  • meramal - membuat jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku berdasarkan data dan pengetahuan yang sedia ada
  • membuat gambaran mental - membuat gambaran secara mental tentang idea atau konsep tertentu
  • mengitlak - membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa maklumat dari sesuatu kumpulan
  • mensistesis - menggabungkan pelbagai unsir atau bahagian menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yang kompleks

PROGRAM I-THINK

Ada diantara guru-guru ni merupakan program terbaru....Program I-think....bagi guru-guru yang nak menghampiri pencen...ada yang merungut...dan yang x cekap IT...dan bermalasan nak belajar online...akan menyatakan...ianya membebankan dan menyusahkan...al-maklum la pelajaran baru.....meh kita overview apa sebenarnya KPM mau kita belajar dari sini..

PROGRAM I-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif fan kritis serta inovatif. I-think membawa maksud INNOVATIVE THINKING (Pemikiran Inovatif)

Tujuan I-THINK
  • melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif
  • memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing
Bagaimana??
  • memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid
  • semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar
  • murid akan menggunakan dalam pembelajaran
  • penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan
  • mengadakan portal bahan interaktif pdp yang dapat meransang kemahiran berfikir
Alat berfikir???


Apakah yang diharapkan dari program ini?
- Pelajar

  • prestasi meningkat
  • seronok belajar
  • aktif
  • fokus
  • berkeyakinan
  • hubungan dengan guru rapat

Ok kekawan....setakat ini dulu OVERVIEW program I-THINK...nanti dy update lagi detail yea....daaa 

Friday, November 14, 2014

GURU & ALAM PENDIDIKAN

Konsep ilmu
Ilmu merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kefahaman atau pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang amat berguna kepada kita. Pengetahuan tersebut berhubungan dengan penemuan tentang sesuatu perkara di dunia ini melalui cara yang sistematik. Ilmu pengetahuan tidak hanya sebuah kumpulan pengetahuan tetapi juga sebuah proses penyelidikan. Ilmu pengetahuan juga merupakan proses yang mempunyai kesinambungan untuk mencari pengetahuan baru, penjelasan baru dan pemahaman-pemahaman yang lebih dalam.
Peranan Guru dalam Alam Pendidikan
1. Guru sebagai pengamal ilmu.
2. Guru sebagai pengamal kemahiran.
3. Agen memenuhi keperluan Negara.
4. Guru sebagai Agen Sosialisasi.
5. Guru sebagai Agen Perubahan.
6. Guru sebagai Pakar Rujuk
7. Guru sebagai Mentor.
8. Guru sebagai Pengurus
9. Guru sebagai Penyelidik
10. Guru sebagai Patriot.
Ciri-ciri Seorang yang Berilmu
Seseorang yang berilmu mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Memperoleh pengetahuan yang luas, mengetahui kebenaran sesuatu perkara dan mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu.
  2. Mempunyai kesanggupan dalam menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
  3. Memberi sumbangan yang amat bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat.
“Budaya Ilmu”
Budaya bermaksud sesuatu perkara atau amalan baik yang diamalkan oleh seseorang, manakala ilmu pula merupakan susunan konsep sesuatu perkara yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan dan kesejahteraan manusia.
Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dijelaskan di sini bahawa budaya ilmu merupakan amalan tentang sesuatu perkara berguna yang dilakukan untuk memperkembangkan sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Amalan ilmu tersebut akan mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan kepada pengamalnya.
Ilmu yang Wajar Dimiliki oleh Seseorang Guru yang Berkesan
Ilmu yang harus dimiliki oleh seseorang guru yang berkesan ialah:
  1. Ilmu pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya.
  2. Ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain selain daripada mata pelajaran yang diajarnya sendiri.
  3. Ilmu akhiran juga perlu ada pada seseorang guru. Ilmu itu akan digunakan untuk membimbing murid-murid menguasai kedua-dua ilmu tersebut.
Cara-cara Guru dapat Memenuhi Keperluan Negara
Keperluan negara dalam konteks ini ialah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan memiliki kemahiran-kemahiran yang dapat membangunkan negara ini. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memenuhi aspirasi negara.
Cara guru dapat memenuhi keperluan negara terbahagi kepada dua iaitu:
1. Peranan guru kepada diri sendiri
Guru harus sentiasa menambah dan memperkembangkan ilmu serta kemahiran-kemahiran profesional. Kemahiran yang ada pada seseorang guru akan dapat digunakan untuk melahirkan para pelajar yang juga pada suatu hari nanti akan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja negara.
2. Peranan guru terhadap pelajar
Guru memainkan peranan yang amat besar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan memiliki kemahiran yang tinggi sebagai tenaga kerja.Untuk membentuk seorang pelajar sedemikian, guru haruslah membimbing, memotivasi, memberikan pendidikan yang sewajarnya dan mengajar kemahiran-kemahiran yang pelbagai kepada para pelajar.
Peranan guru sebagai Agen Sosialisasi
  1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.
  2. Memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat.
  3. Bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.
Peranan Guru di Sekolah untuk Membawa Perubahan dalam Masyarakat
  1. Membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat.
  2. Mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
  3. Memodenkan cara hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang diajarkan kepada mereka.
  4. Membawa perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar, masyarakat dan negara yang semakin kompleks dan progresif.
  5. Mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkat dari semasa ke semasa.
Kriteria-kriteria Utama yang Membolehkan Guru Dianggap Sebagai Pakar Rujuk
Pakar rujuk bermaksud seseorang guru tersebut akan menjadi bahan rujukan bagi rakan sekerja dan juga murid-murid. Oleh demikian, seorang guru yang ingin menjadi pakar rujuk mestilah mempunyai kriteria-kriteria berikut:
  1. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajarnya.
  2. Menguasai pengetahuan mata pelajaran dan kemahiran-kemahiran yang lain.
  3. Berjaya mencari, mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar dan rakan sekerja.
Sifat dan Kualiti Mentor (guru) yang Berkesan
Sifat dan kualiti mentor yang berkesan ialah:
  1. Guru tersebut merupakan seorang yang berbudi pekerti, berhemah tinggi dan bersopan santun.
  2. Seseorang guru itu haruslah mudah didampingi oleh orang lain terutamanya pelajar.
  3. Mempunyai sikap ramah mesra semasa melayani pelajar-pelajarnya.
  4. Memiliki semangat berbakti yang tinggi.
  5. Bersikap jujur ketika menjalankan tugas
  6. Prihatin terhadap keperluan anak muridnya.
Tugas-tugas Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah
  1. Menguruskan rutin harian dan hal-hal yang berkaitan dengan bilik darjah.
  2. Mengurus murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas mengikut jadual
  3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
  4. Menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
  5. Mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  6. Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Masalah-masalah yang Sering Dihadapi oleh Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
  2. Kekurangan Bahan Bantu Mengajar dan Belajar.
  3. Memilih strategi dan aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang hendak diajar.
  4. Masalah komunikasi di kalangan murid-murid dan guru.
  5. Masalah kawalan kelas
Kajian Tindakan ke atas Amalan Bilik Darjah
Kajian tindakan ke atas amalan-amalan bilik darjah dijalankan untuk:
  1. Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah dan memikirkan cara untuk mengatasinya.
  2. Memastikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik.
  3. Memastikan peraturan dalam bilik darjah dipatuhi oleh para pelajar.
Peranan yang Dimainkan oleh Sekolah dalam Pembentukan Semangat Patriotisme di kalangan Murid-murid
  1. Melahirkan pelajar yang patuh pada undang-undang dan peraturan sistem pentadbiran negara.
  2. Menggubal kurikulum dan budaya sekolah yang dapat menyemai serta membentuk semangat patriotisme di kalangan murid-murid.
  3. Menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan yang tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan.
  4. Menanamkan semangat cinta dan setia kepada negara.

Wednesday, November 12, 2014

BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR (Part 1)


Buku Rekod Mengajarku...

Klik Link ini: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 berkaitan dengan 
PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai Buku Rancangan Kerja Harian (Buku Rekod Mengajar) yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga dengan baik serta diserahkan kepada Pengetua setiap minggu untuk pemeriksaan dan ditandatangani oleh Pengetua atau wakilnya pada hari Jumaat. 
  • Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 
  • Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini. 
  • Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut. 
  • Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran dapat disampaikan kepada  pelajar dengan berkesan. 
  • Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke bilik Pengetua  pada setiap hari Jumaat sebelum pukul 12.20 tengah hari. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikutnya hendaklah ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya. 
  • Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan dalam  minggu  tersebut hendaklah dicatat dalam ruang harian. 
  • Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu  dijaga dengan baik dan bersih.  Semua kertas kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan. 
  • Rancangan dan huraian kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.  Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang terlalu ringkas dan sukar difahami.  
  • Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.  
  • Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan  ke pejabat  sekolah.
Hampir dipenghujung tahun....
Dy kalut menyiapkan dan melengkapkan apa yang patut...ingat lagi..cikgu senior tu kata...buku BRM ini juga dinilai dalam SKT bagi guru berjawat jawatan Guru Biasa...selamat melengkapkan BRM kalian eee....Dy dah nak selesai....tunggu date nak anto je...tara....

Tuesday, November 4, 2014

BOSANNYER....badan letih lor

bosannya..ALLAH je tau....
letihnya...ALLAH jua yang tau...
Ya ALLAH..Kau berikan aku kekuatan yer...
sementara nak tunggu masuk kelas..
kita blogging dulu....
taip apa yang patut....
lebih suka berbicara dengan laptop..
dari berbicara dengan manusia..
bukannya apa...
di saat..badan letih macam ini...
takut-takut ada hati mana-mana yang terguris...tercalar pulak nanti....
al-maklum la...manusia..katakan....
nak g kelas dah.....daaaaa...

GAJI DUNIA vs GAJI AKHIRAT

 Assalamualaikum....:)

Sedikit perkongsian dari Ustaz Zahazan.


Sesetengah manusia Muslim kelihatan TIDAK KISAH jika angka ibadah atau PAHALA mereka yg menjadi SAHAM AKHIRAT berada pada tahap statik selama 20 tahun. Ikuti kisah ini:
Pada suatu hari Ustaz Zulkifli menegur jemaah suraunya agar cuba membaca al-Quran setiap hari sehingga khatam krn sbhgn besar jemaah HANYA MEMFOKUSKAN BACAAN YASIN SAHAJA PADA MALAM TERTENTU.

Zamri menjawab: " Apalah Ustaz! Yasin pun al-Quran juga, SEKURANG2NYA kami baca juga Yasin walau sekali seminggu!"

Ustaz Zulkifli: " Saya kenal awak sejak tahun 1993 lagi. Sudah 20 tahun, sejak dari dulu itulah juga alasan awak. Bagaimana kalau awak kerja selama 20 tahun TAPI GAJI TAK PERNAH NAIK? Mesti awak tak berpuas hati!"

Zamri lalu tersenyum tawar.

Utamakan gaji akhirat! Firman Allah:

وَابتَغِ فيما ءاتىٰكَ اللَّهُ الدّارَ الءاخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِى الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan (al-Qasas[28:77]).

Juga firman Allah:

مَن كانَ يُريدُ حَرثَ الءاخِرَةِ نَزِد لَهُ فى حَرثِهِ ۖ وَمَن كانَ يُريدُ حَرثَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَما لَهُ فِى الءاخِرَةِ مِن نَصيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak (al-Qasas[42:20]).

5 Bunyi Rahsia Tangisan Bayi

Tahukah anda bahawa tangisan rutin bayi boleh di kenal pasti? Asasnya ialah, apabila bunyian di tambah kepada tindakan refleks badan, bunyi yang unik dan bersifat sejagat (universal) akan terhasil.
Perhatikan fenomena seperti sedu, menguap, sendawa, bersin atau batuk dalam kalangan orang dewasa. Bukankah setiap fenomena tersebut hadir dengan bunyi tersendiri dan bersifat universal? Semua manusia akan sedu, menguap, sendawa, bersin dan batuk dengan bunyi yang serupa.
Perkara yang sama terjadi kepada bayi. Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis.
Ada lima bunyi tangisan rutin yang dapat dikenal pasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language;
a)      “Neh”- Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’.
b)      “Heh”- Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, lampin bayi   penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
c)       “Owh”-Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (‘yawning reflex’).
d)      “Eh”-Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
e)      “Eairh”-Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
Mengetahui apa yang “dituturkan” bayi membolehkan anda memberi respon yang tepat dan cepat, mengelakkan bayi  memulakan tangisan menjerit dan melalak. Dengan itu, anda kurang stres, seisi rumah lebih tenang dan tidur anda lebih panjang!
Memahami bayi menyebut “Neh” dapat memastikan pencapaian berat badan dan pembesaran bayi yang sihat kerana ibu tidak terlebih atau terkurang menyusukan bayi. Ibu akan menyusukan setiap kali diminta bayi berbanding mengagak-agak sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok susu ibu dapat dielakkan bila penjaga bayi anda juga memahami percakapan bayi.
Memahami sebutan “Eh” pula mengelakkan bayi disusukan dalam keadaan angin masih belum dikeluarkan. Susu akan berada dia atas angin dan bayi akan muntah selepas menyusu. Masa akan dibazirkan, baju akan dikotorkan, bayi tidak kenyang dan tidak dapat tidur.
Lebih parah, jika angin yang tidak dikeluarkan itu turun ke bahagian bawah perut  dan mengakibatkan kembung perut. Sesiapa sahaja boleh belajar apa jua bahasa di dunia ini bukan?
Tentunya bahasa bayi ini yang paling mudah! Menguasai sistem ini semudah ABC. Kerap mendengar sampel-sampel bunyi d dalam DVD dan membandingkan dengan bunyian yang dihasilkan bayi anda SEBELUM bayi mula menangis adalah kuncinya! Bibik, suami, pengasuh dan sesiapa juga yang penting dalam hidup bayi anda boleh mempelajarinya. Para ibu tidak akan bersendirian lagi bila orang di sekeliling  juga memahami bayi!
**Majalah Pa&Ma

I LOVE U

cikgu...i love u...
cikgu.......cikgu.....cikgu....
i love u....
cikgu...i love u saya x??
....i love u too as a student....
"student jatuh cinta dengan cikgu...gerun tat kala jumpa pelajar ini...bangsa india...huhhuhuhuhuu...."

cara pandangan mata yang menggerunkan...suka duduk disisiku....huhuhuhhuuuu..kau lindungilah aku...

GURU vs PELAJAR

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, 
Murid belajar sambil mengantuk. 

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, 
Murid belajar dengan tekun. 

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, 
Murid belajar dengan ralat. 

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, 
ada murid yang bertambah gagap. 

Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, 
ramai murid pandai berbicara. 

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, 
tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa, 

dikenang murid sepanjang masa.


PERASAAN HASAD DENGKI (PHD)

Dimanapun kita berada orang yang ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) dan manusia yang suka berpura-pura ini sentiasa ada disekeliling kita. Mereka ini tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Ada saja perkara yang hendak diganggunya sehingga mangsa nya akan jatuh tersungkur dan dikala itu terasa diri mereka hebat kerana berjaya menjalankan satu misi kehancuran jiwa dan semangat orang lain. 

Mereka lebih suka kedamaian ditukar menjadi jiwa kacau yang merobek kemanusiaan. Mereka lebih suka mengkritik dibelakang dari bersemuka dengan orang yang di lemparkan tuduhan tidak berasas. Seperti kata pepatah, lempar batu sorok tangan

Di sekolah, spesis seperti ini tidak terkecuali, walaupun pada zahirnya mereka ini manusia2 yang tinggi pendidikan dan luas pengetahuan tapi dalam jiwa dan spiritual mereka masih kosong. Sayang sekali sekeping hati bersih yang dianugerahkan Allah sewaktu lahir kedunia sudah bertukar hitam dan busuk umpama najis dan pekong. Bersandarkan hidup bagai virus yang cepat merebak, merosak jiwa dan meruntuh kesabaran manusia lain, mereka ini bangga jika ada insan menderita akibat perbuatan mereka. Namun yang menariknya manusia seperti ini sukar dikenalpasti. Mereka sering berselindung disebalik kemanisan kata-kata, keayuan wajah dan kelembutan bicara. Mereka ini ibarat sumpah-sumpah yang boleh menukar warna dalam keadaan tertentu. Begitulah liciknya mereka ini.

Justeru sukar bagi kita mencari siapa kawan siapa lawan. Mereka nampak sama tapi tidak serupa. Kadangkala pernahkah kita terfikir, mengapalah mereka tanpa ada sebab mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tidak pernah mengganggu hidup mereka. 

Apa motif dan agenda sebenar dalam menjalankan `modus operandi' yang bertopengkan pendidikan sambil mengagungkan kualiti bila matlamatnya hanya mahu menjatuhkan seseorang. Apalah salahnya kita terima idea yang membangun, bersama-sama berkongsi ilmu mendidik pelajar dan memberi yang terbaik untuk anak bangsa kita. Tidak perlu rasanya bersaing untuk menegakkan kebenaran. Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. 

Sebagai pendidik kita adalah harapan pelajar2 kita. Mereka bergantung harap kepada tenaga pengajar untuk mencorakkan masa depan mereka. Jika tenaga pengajar sendiri sudah tidak sepakat, apakah lagi pelajarnya. Mereka pasti bingung dan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sudah pasti anak2 ketam akan jalan terkengkang-kengkang kerana mereka `confius' pada ajaran yang diterima dan tauladan yang betul.

Menyentuh kembali mengenai dimana silapnya, sikap ego antara punca tiadanya jalan penyelesaian.Maalumlah mereka dikalangan cendekiawan dan sudah pasti merasa tercabar dengan kebijaksanaan mereka bila sesuatu perubahan mahu diperkenalkan. Banyak masa terbuang bila kita asyik mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, serta saling tuduh menuduh dan tidak mahu berkompromi.Tak salah rasanyanya guna pakai idea baru serta pendedahan baru. Kadangkala kita lebih suka merumitkan sesuatu yang mudah. Seperti kata Confucius Life is really simple, but we insist on making it complicated". 

Pelajar sekarang bukan seperti pelajar 30 tahun dulu. Mereka bijak menilai dan kreatif dalam semua bidang. Apalah sangat ANUGERAH KUALITI jika implimentasinya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ya...kadang kala sesuatu polisi dan peraturan itu hanya cantik di kertas tapi sukar diimplimentasikan. Jangan terlalu rigid dalam pemikiran, ianya menyekat perkembangan dan kreativiti minda. 

Namun demikian, rasanya lebih malang lagi, bila kita punyai sistem baru, polisi baru tapi cara pemikiran dan cara melaksanakan sesuatu kerja kita masih ditakuk lama. Akibatnya berlakunya percanggahan dalam sistem kerja dan kecekapan dari segi pelaksanaannya. Bila semua ini berlaku dan sistem menjadi tidak terurus, Siapakah yang menjadi mangsa??? Pelajar dan generasi masa depan kita juga yang mendapat tempiasnya. 

Sebenarnya dalam soal ini ramai orang lebih bijak bercakap dari mempraktikkannya. Segelintirnya hanya datang bekerja semata-mata kerana gaji dan bukannya kerana tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pendidik. Mereka tiada `passion' atau minat yang mendalam terhadap kerjaya mereka. Akibatnya kelas dan kuliah hanya satu transit dalam hidup kerana mereka ada kepentingan lain yang lebih bersikap personal. Sekali lagi pelajar menjadi mangsa keadaan. Bila pelajar gagal dalam peperiksaan ada yang menuduh pelajar bodoh....tapi hakikatnya pensyarah yang bodoh mengajar. 

Sehubungan itu renung-renungkan lah bersama. Jangan sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu tidak layak mengajar satu2 subjek itu hanya kerana perubahan dan pendekatan baru yang dibawanya bercanggah dengan silibus yang di buat.Kita boleh mengubah dan menyesuaikan silibus dalam keadaan tertentu mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Jangan jadikan masalah tidak ikut silibus satu isu kerana sepatutnya diperingkat ini kajian harus dilakukan untuk mengenalpasti mengapa perlu pendekatan baru dalam pendidikan dan cara apakah yang terbaik untuk melahirkan insan berilmu dan bertaqwa sebagaimana inspirasi Universiti kita. 

Akhir sekali jangan ikut sedap mulut sahaja menuduh sipolan dan sipolan hanya tahu mengajar event sahaja tanpa menerapkan unsur ilmu dalam setiap kelasnya. Anda tidak tahu apa yang pelajar tahu kerana anda hanya membuat andaian dari luar sahaja. Justru,never judge a book by its cover, Jangan menuduh tanpa usul periksa. Kelayakan dan kebolehan kita semua adalah sama. 

Justru, fahami ayat2 dibawah ini , ianya menyentuh mengenai perubahan dan tindakan.

" It takes a lot of courage to release the familiar and seemingly secure, to embrace the new. But there is no real security in what is no longer meaningful. There is more security in the adventurous and exciting, for in movement there is life, and in change there is power" 

Alan Cohen

Monday, November 3, 2014

hari ini paper PERDAGANGAN 2 tingkatan 4

buat yang terbaik anak-anakku sayang....cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian...
Insyaallah...apa yang kamu usahakan, kamu akan dapat.