Tuesday, November 4, 2014

PERASAAN HASAD DENGKI (PHD)

Dimanapun kita berada orang yang ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) dan manusia yang suka berpura-pura ini sentiasa ada disekeliling kita. Mereka ini tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Ada saja perkara yang hendak diganggunya sehingga mangsa nya akan jatuh tersungkur dan dikala itu terasa diri mereka hebat kerana berjaya menjalankan satu misi kehancuran jiwa dan semangat orang lain. 

Mereka lebih suka kedamaian ditukar menjadi jiwa kacau yang merobek kemanusiaan. Mereka lebih suka mengkritik dibelakang dari bersemuka dengan orang yang di lemparkan tuduhan tidak berasas. Seperti kata pepatah, lempar batu sorok tangan

Di sekolah, spesis seperti ini tidak terkecuali, walaupun pada zahirnya mereka ini manusia2 yang tinggi pendidikan dan luas pengetahuan tapi dalam jiwa dan spiritual mereka masih kosong. Sayang sekali sekeping hati bersih yang dianugerahkan Allah sewaktu lahir kedunia sudah bertukar hitam dan busuk umpama najis dan pekong. Bersandarkan hidup bagai virus yang cepat merebak, merosak jiwa dan meruntuh kesabaran manusia lain, mereka ini bangga jika ada insan menderita akibat perbuatan mereka. Namun yang menariknya manusia seperti ini sukar dikenalpasti. Mereka sering berselindung disebalik kemanisan kata-kata, keayuan wajah dan kelembutan bicara. Mereka ini ibarat sumpah-sumpah yang boleh menukar warna dalam keadaan tertentu. Begitulah liciknya mereka ini.

Justeru sukar bagi kita mencari siapa kawan siapa lawan. Mereka nampak sama tapi tidak serupa. Kadangkala pernahkah kita terfikir, mengapalah mereka tanpa ada sebab mengacau hidup orang lain sedangkan orang lain tidak pernah mengganggu hidup mereka. 

Apa motif dan agenda sebenar dalam menjalankan `modus operandi' yang bertopengkan pendidikan sambil mengagungkan kualiti bila matlamatnya hanya mahu menjatuhkan seseorang. Apalah salahnya kita terima idea yang membangun, bersama-sama berkongsi ilmu mendidik pelajar dan memberi yang terbaik untuk anak bangsa kita. Tidak perlu rasanya bersaing untuk menegakkan kebenaran. Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. 

Sebagai pendidik kita adalah harapan pelajar2 kita. Mereka bergantung harap kepada tenaga pengajar untuk mencorakkan masa depan mereka. Jika tenaga pengajar sendiri sudah tidak sepakat, apakah lagi pelajarnya. Mereka pasti bingung dan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sudah pasti anak2 ketam akan jalan terkengkang-kengkang kerana mereka `confius' pada ajaran yang diterima dan tauladan yang betul.

Menyentuh kembali mengenai dimana silapnya, sikap ego antara punca tiadanya jalan penyelesaian.Maalumlah mereka dikalangan cendekiawan dan sudah pasti merasa tercabar dengan kebijaksanaan mereka bila sesuatu perubahan mahu diperkenalkan. Banyak masa terbuang bila kita asyik mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, serta saling tuduh menuduh dan tidak mahu berkompromi.Tak salah rasanyanya guna pakai idea baru serta pendedahan baru. Kadangkala kita lebih suka merumitkan sesuatu yang mudah. Seperti kata Confucius Life is really simple, but we insist on making it complicated". 

Pelajar sekarang bukan seperti pelajar 30 tahun dulu. Mereka bijak menilai dan kreatif dalam semua bidang. Apalah sangat ANUGERAH KUALITI jika implimentasinya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ya...kadang kala sesuatu polisi dan peraturan itu hanya cantik di kertas tapi sukar diimplimentasikan. Jangan terlalu rigid dalam pemikiran, ianya menyekat perkembangan dan kreativiti minda. 

Namun demikian, rasanya lebih malang lagi, bila kita punyai sistem baru, polisi baru tapi cara pemikiran dan cara melaksanakan sesuatu kerja kita masih ditakuk lama. Akibatnya berlakunya percanggahan dalam sistem kerja dan kecekapan dari segi pelaksanaannya. Bila semua ini berlaku dan sistem menjadi tidak terurus, Siapakah yang menjadi mangsa??? Pelajar dan generasi masa depan kita juga yang mendapat tempiasnya. 

Sebenarnya dalam soal ini ramai orang lebih bijak bercakap dari mempraktikkannya. Segelintirnya hanya datang bekerja semata-mata kerana gaji dan bukannya kerana tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pendidik. Mereka tiada `passion' atau minat yang mendalam terhadap kerjaya mereka. Akibatnya kelas dan kuliah hanya satu transit dalam hidup kerana mereka ada kepentingan lain yang lebih bersikap personal. Sekali lagi pelajar menjadi mangsa keadaan. Bila pelajar gagal dalam peperiksaan ada yang menuduh pelajar bodoh....tapi hakikatnya pensyarah yang bodoh mengajar. 

Sehubungan itu renung-renungkan lah bersama. Jangan sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu tidak layak mengajar satu2 subjek itu hanya kerana perubahan dan pendekatan baru yang dibawanya bercanggah dengan silibus yang di buat.Kita boleh mengubah dan menyesuaikan silibus dalam keadaan tertentu mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Jangan jadikan masalah tidak ikut silibus satu isu kerana sepatutnya diperingkat ini kajian harus dilakukan untuk mengenalpasti mengapa perlu pendekatan baru dalam pendidikan dan cara apakah yang terbaik untuk melahirkan insan berilmu dan bertaqwa sebagaimana inspirasi Universiti kita. 

Akhir sekali jangan ikut sedap mulut sahaja menuduh sipolan dan sipolan hanya tahu mengajar event sahaja tanpa menerapkan unsur ilmu dalam setiap kelasnya. Anda tidak tahu apa yang pelajar tahu kerana anda hanya membuat andaian dari luar sahaja. Justru,never judge a book by its cover, Jangan menuduh tanpa usul periksa. Kelayakan dan kebolehan kita semua adalah sama. 

Justru, fahami ayat2 dibawah ini , ianya menyentuh mengenai perubahan dan tindakan.

" It takes a lot of courage to release the familiar and seemingly secure, to embrace the new. But there is no real security in what is no longer meaningful. There is more security in the adventurous and exciting, for in movement there is life, and in change there is power" 

Alan Cohen

No comments:

Post a Comment